Jom ke Karnival Kewangan Terengganu


Para panel Majlis pelancaran Karnival Kewangan Terengganu

Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu (Karnival) dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan, celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).

Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.

Aturcara Karnival Kewangan Terengganu




Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:

Lokasi-Lokasi Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan
























































































NoNegeriDaerah/BandarLokasiTarikh
1PahangGambangDewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang18 Mac
2PahangJengkaDewan Semai Bakti, Felda Jengka 1119 Mac
3TerengganuDungunDewan Orang Ramai Ketengah Jaya 1, Bandar Ketengah Jaya20 Mac
4KelantanKota BharuKompleks Balai Islam, Lundang21 Mac
5TerengganuKuala NerusDewan Gemilang, UniSZA Kampus Gong Badak24 Mac
6TerengganuKuala NerusDewan Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu
7TerengganuSetiuDewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom25 Mac
8TerengganuBesutDewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung26 Mac
9TerengganuHulu TerenganuDewan Majlis Daerah Hulu Terengganu27 Mac
10TerengganuMarangDewan Majlis Daerah Marang28 Mac
11KelantanPengkalan ChepaDewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota31 Mac



"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan," kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.

Comments

Popular posts from this blog

Karnival Kewangan Terengganu dengan konsep Edutainment memang terbaik!

Inspirasi Lelaki 3 Jari Boleh Berjaya Bina Empayar Bisnes, Kenapa Tidak Kita?

NK TEMPAH WEBSITE MURAH?