Posts

Showing posts from July, 2018

Pulau Perhentian - Travelog Pertama Ke Pulau

Image
Pulau Perhentian adalah salah satu tempat yang memang kami sekeluarga dah lama bercadang nak pergi, tapi kerana banyak kali bertangguh sebab tarikh tak sesuai. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, diberikan juga rezeki oleh ALLAH menjejakkan kaki ke sini walaupun berkali kali tarikh dianjak. =) Jom layan travelog kami yang pertama kali menjejakkan kaki ke pulau DAY 1@ Pulau Perhentian Hari pertama, kami naik kerete dari Gong Badak ke Kuala Besut, Perjalanan biasanya mengambil masa 1 jam setengah sahaja, tapi disebabkan banyak persinggahan, maka lewatlah sikit sampai di jeti. Setibanya di jeti, cuba cari parking untuk letak kereta. Mujur jumpe seorang pak cik ni yang tunjukkan kat mana parking, senang tak perlu nak cari cari. Parking kat sini RM 10 / sehari. Kitorang pergi 3 hari  2 malam, jadi perlu bayar parking RM 30.  Lepas parking, kami terus daftar dan pergi ke jeti. Seronok budak budak sebab first time naik speed bot. Macam mana rasa pun tak tahu lagi