Posts

Showing posts from May, 2018

NASI KANDAR TERENGGANU?

Image
Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi sebelum Ramadhan. Dijemput untuk merasa hidangan Nasi Kandar. Ingat kat Penang je ade Nasi Kandar? Ooohh, anda silap. Kalau nak tahu, di Terengganu pun ada juga nasi kandar tau. Kat mana? kat mana? Tak pernah nampak pun? LOKASI Kedai Nasi Kandar ni terletak di Pusat Membeli Belah MYDIN Gong Badak. Kalau nak tahu lagi spesifik, ianya terletak di Ground Floor di dalam kawasan Food Court Rasa Village. Parking kat sini pun senang dan banyak. Tak perlu pening pening nak cari parking kalau tiba tiba nak makan Nasi Kandar. MENU Dah nama kedai Nasi Kandar, mestilah menu utama kat sini pun Nasi Kandar, tak kan Nasi Dagang pulok , hehe. Selain menu Nasi kandar, mereka juga ada sediakan makanan seperti Tandoori Naan, Roti Canai, Mee goreng Mamak, Rojak dan macam macam lagi Bagi peminat kambing, kat sini pun ada di sediakan lauk kambing tau, nyum nyum. menyelerakan.. Untuk air, semua jenis minuman ada kat sini. Tapi antara yang paling special dan menarik adalah

Buffet Ramadhan - PNB Hotel

Image
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana memberi kesihatan dan kelapangan masa  kepada diri ini. Kali ni kita buat entri pasal Buffet Ramadhan pulak sebab bulan ramadhan pun dah nak dekat. Boleh lah survey survey nak berbuka puasa kat mana nanti. Pada 26 April yang lepas, saya diberi kesempatan ,menimati hidangan di Hotel PNB Perdana On The Park sempena Preview Buffet Ramadan. Tak lupa juga kepada Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) yang menawarkan peluang yang tak pernah dirasai sebelum ini. LOKASI Hotel ini terletak di tengah-tengah bandaraya yang beralamat di No.10, Jln Binjai, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kawasan. Antara kemudahan pengangkutan awam yang berada berhampiran hotel ini adalah Stesen LRT Ampang Park. Jadi, jika malas yang nak memandu, boleh gunakan LRT ke sana. Jimat masa dan minyak  =) Hotel ini mempunyai 2 buah restoren iaitu The 39 Restoren dan Restoren 10 Binjai. Jadi jangan salah restoren tau. Hari tu memang saya pun tersalah restoren. Datang jau