Posts

Showing posts from November, 2017

Best Ke Karnival Upin Ipin ni?

Image
Alhamdulillah diizinkan lagi Allah untuk menulis entri baru pada pagi ni. Hari jumaat lepas kitorang dapat invitation untuk pergi karnival Upin Ipin di MAEPS Serdang, Budak-budak kat rumah ni memang minat upin ipin tapi nak pergi ke sana memang tak lah, Dah la jauh nun di Serdang dan aku nun di pantai timur. Tapi sebab mendapat jemputan pergi jugak sambil nak menggembirakan anak anak dan ISTERI!!..  Hehe, mama nye yang bersungguh sangat nak pergi , Layankan je lah Sampai sampai je kat sana, kitorang parking kereta dan naik tram. Wah best!. First time bawak arif dan hakim naik tram, Satu experience baru. Tak ramai orang cuma adalah beberapa orang naik sekali tram tu. Kalau tak ada orang, aku dah diri tepi tangga nyayi lagu kuch kuch hota hai, Haha feeling hindustan lagi tu,, Naik tram dengan muka cool, dalam hati nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai. Feeling cite2 hindustan. Dah sampai di Hall C, ambik tiket dan terus masuk. Terkejut aku, ingatkan dia sediakan kerusi untuk kitorang duduk, rup

Perjumpaan Dengan Cikgu Arif

Image
Hari ni hari Rabu, ada majlis perjumpaan ibu bapa di tadika sekolah arif. Excited hari ni nak tahu apa prestasi arif selama setahun menjadi pelajar Tadika Yayasan Islam Terengganu Cawangan Tok Jembal. Aku yang hari ni memang busy sikit nak ke sana dan ke mari. Mujur Alhamdulillah sempat jugak pergi. Sampai sampai je dalam kelas arif excited tengok Mama Papa dan adik Hakim datang. Terbeliak mata. Macam tak percaya kitorang datang kelas dia. Ye lah, dah lama dia duk mention suruh datang kelas dia. Now dah tercapai impian dan cita cita dia. Apa lagi first thing first jumpa kitorang , kena nangis dulu, mengadu kat mama kawan dia ambik pensil dia. Tadi selok je suke... Tetibe nangis pulak..konpius kejap. Dah pujuk bagai, mood dah ok semula. Kemudian start jadi tourist guide untuk adik dia lawat kelas. Dia terangkan satu satu benda kat dinding kelas pada adik dia yang tak berapa nak paham tapi cakap "paham" paham". Angguk je lebih adik ni, paham ke tidak ape abang tunjuk tu Ad