Posts

Showing posts from August, 2019

BIG BAD WOLD TERENGGANU AWESOME!!!

Image
Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf bakal kini di Terengganu. Jualan Buku selama 11 hari ini bermula pada 8 hingga 19 Ogos 2019, mulai jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah malam kecuali pada 11 Ogos di mana Jualan Buku Big Bad Wolf akan ditutup sempena Hari Raya Aidiladha. Jualan Buku berkenaan akan diadakan di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu dan kemasukan adalah PERCUMA!  Big Bad Wolf Books terkenal sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf menyediakan buku-buku dengan menawarkan harga terendah serta diskaun sebanyak 75% hingga 95%. Matlamat utama Big Bad Wolf adalah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan masyarakat dengan memberi kemudahan dan akses bahan bacaan pada harga mampu milik.  Jualan Buku ini menawarkan pelbagai buku daripada pelbagai kategori, termasuk buku jualan terlaris, fiksyen dan bukan fiksyen, fiksyen remaja, serta pelbagai koleksi buku kanak-kanak.  Jualan Buku terunggul ini diadakan oleh pengasas BookXcess, Andre