Buffet Ramadhan - PNB Hotel



Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana memberi kesihatan dan kelapangan masa  kepada diri ini. Kali ni kita buat entri pasal Buffet Ramadhan pulak sebab bulan ramadhan pun dah nak dekat. Boleh lah survey survey nak berbuka puasa kat mana nanti.

Pada 26 April yang lepas, saya diberi kesempatan ,menimati hidangan di Hotel PNB Perdana On The Park sempena Preview Buffet Ramadan. Tak lupa juga kepada Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) yang menawarkan peluang yang tak pernah dirasai sebelum ini.

LOKASI


Hotel ini terletak di tengah-tengah bandaraya yang beralamat di No.10, Jln Binjai, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kawasan. Antara kemudahan pengangkutan awam yang berada berhampiran hotel ini adalah Stesen LRT Ampang Park. Jadi, jika malas yang nak memandu, boleh gunakan LRT ke sana. Jimat masa dan minyak  =)

Hotel ini mempunyai 2 buah restoren iaitu The 39 Restoren dan Restoren 10 Binjai. Jadi jangan salah restoren tau. Hari tu memang saya pun tersalah restoren. Datang jauh jauh, boleh receiptionist cakap " Maaf , kami tak start pun lagi Buffet Ramadhan tahun ni" . Dalam fikiran.., aduh sudah!!!!... tak kan salah hotel kot. Salah kedai tak apa lagi, ni salah hotel? jauh pulak nak kena jalan nanti.

Kemudian receptionist tu cuba periksa semula, dan ternyata dia silap. Memang dah betul dah hotel ni, restoren je yang salah. Jadi dia pun iring kami ke tempat yang sepatutnya." lega sekejap"

MINUMAN


Sampai sampai je terus rasa WOW!!!. Deretan air pelbagai jenis, warna & rasa, mengkagumkan saya. Macam-macam jenis air terhidang. Air Tebu, Air Kurma, Air Sirap Bandung, Air Soya... eh macam macam lagi lah.

Buffet Ramadhan PNB Hotel

Kredit to : www.ninamirza.com


Bukan air je warna warni, kuih muih pun beraneka warna dan jenis. Semua nampak menyelerakan. Ada Puteri Ayu, Kek Lapis, Kuih Koci, Chese Cake, Lepat Labu dan pelbagai lagi .

KUIH MUIH



kuih-lapis


Kuih Puteri Ayu








kek-coklat


Memang bagus idea letak Kuih muih ni dekat laluan masuk. Masuk- masuk sahaja sudah meleleh air liur. Kemudian nampak pulak satu menu feveret.... Kambing Bakar!!!. Yum Yum. Lama dah tak makan daging kambing ni. Nak tunggu orang buat aqiqah lagi entah bila boleh merasa.

KAMBING BAKAR




Alhamdulillah, rasa kambing bakar ini sangat sedap. Ditambah pula dengan rasa sos yang sungguh istimewa. Selain kambing bakar, terdapat juga menu lain seperti ayam masak madu, udang dan sotong bakar. Yang specialnya kat sini, makanan bakar semuanya di masak di luar bahagian restoren. Jadi sambil makan, boleh layan view cantik kat bahagian luar


outdoor-cooking-Hotel-PNB



Picture Kredit to www.ceritahuda.com



MENU UTAMA


Ok, antara menu menu utama yang wajib di cuba di sini adalah Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong Lemak Cili Padi dab Sup Gear Box

Asam-Pedas






Daging Salai

Sayur-Kailan

Ikan-Terubuk-Masin












Sayur-acar



MENU HARI RAYA


Tak sah, kalau Buffet Ramadhan tak ada menu di pagi raya. Haa, kalau makan kat sini, dah boleh rasa suasana hari raya terus. Ada Sate, Lemang, Tapai dan jugak Dodol.


Satay


Lemang

PENCUCI MULUT


Memang best kalau dah makan makan, ada pencuci mulut. Sememangnya di Hotel PNB ni ada pelbagai jenis pencuci mulut kita boleh rasa. Ada pelbagai buah-buahan tempatan seperti Tembikai, Nangka, Mata Kucing dan yang paling best, turut juga disediakan Rojak Buah dengan sosnya yang sangat mengancam.




Buah-Buahan-Tempatan


Hehe waktu nak ambil rojak buah ni ada insiden yang tak disengajakan berlaku. Disebabkan Rojak buah ni terletak betul betul bersebelahan dengan cermin, entah macammana tangan ni boleh pulak tercapai rojak yang dalam cermin tu. Nasib baik tak ada orang nampak. Bila dah terlanggar cermin tu mula lah cover macam nak lap kotoran di cermin. Padahal , cover malu Lapar sangat kot.. =p


Rojak-Buah-2

Haa.. Amacam? Best tak menu menu yang ada di Hotel PNB ni? Rasa rasa nak ajak tak kawan kawan atau keluarga lain berbuka puasa kat sini bulan ramadhan nanti? Kalau nak boleh hubungi nombor di bawah ni

The 39 Restaurant : 03-7490 3939

Restoren 10 Binjai : 03-7490 3838

Maklumat lanjut, layari www.pnbperdanaonthepark.com

MENU MENU LAIN

Comments

Popular posts from this blog

Karnival Kewangan Terengganu dengan konsep Edutainment memang terbaik!

Inspirasi Lelaki 3 Jari Boleh Berjaya Bina Empayar Bisnes, Kenapa Tidak Kita?

NK TEMPAH WEBSITE MURAH?