Karnival Kewangan Terengganu dengan konsep Edutainment memang terbaik!


Pada 4 April 2019 sehingga 6 April 2019 yang lalu, telah berlangsung dengan jayanya Karnival Kewangan Terengganu di TH Hotel & Pusat Konvensyen Kuala Terengganu. Karnival ini merupakan siri kelima selepas Karnival Kewangan di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching dan Kedah.

Dengan konsep "edutaiment" yang sarat dengan perkongsian maklumat mengenai pengurusan kewangan dan juga hiburan dalam masa yang sama. Antara aktiviti menarik sepanjang Karnival Kewangan Terengganu :-

1) Majlis perlancaran Karnival Kewangan yang di rasmikan oleh Menteri Besar Terengganu YAB Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar . Pada hari perlancaran karnival ini juga, berlangsungnya majlis perasmian website MyWakaf  dan MyWakaf Payment Getaway oleh AIBIM






Pelancaran Karnival Kewangan Terengganu dan Portal MyWakaf oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi Penolong Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid, Penolong Gabenor Abu Hassan Alshari Yahaya dan wakil-wakil institusi kewangan.




2. Sidang Media sempena majlis perlancaran Karnival Kewangan Terengganu.









3. Pertandingan Dikir Bijak Wang






SMK Paka, Dungun menjohani Pertanding Dikir Bijak Wang yang diadakan sempena Karnival Kewangan Terengganu




4. Sudut Kanak-Kanak yang sangat menarik dan pelbagai aktiviti santai belajar sambil berhibur













5. Permainan Wall Climbing dan Mechanical Rodeo untuk anak-anak menguji daya ketahanan fizikal













6. Street Soccer









7. Sembang Santai Bersama AbangAbu Mekanik Wang - Petua Jimat Belanja dan Petua Keluarga Bahagia yang sarat dengan tips yang boleh dipraktikkan oleh semua.









8. Forum Keusahawanan Wanita yang dibawakan khas oleh Majlis Belia Negeri Terengganu.









9. Sesi Pocket Talk Inspirasi Usahawan Muda Berjaya bersama Caprice









10. Mini Konsert Sufian Suhaimi dan Syafiq Farhain









Karnival Kewangan Terengganu 2019 yang berlangsung 3 hari berturut-turut ini telah mendapat sambutan yang hebat! Antara pencapaian Karnival Kewangan Terengganu adalah:





  • transaksi kewangan bernilai RM25 juta dengan lebih 16,000 khidmat nasihat kewangan diberikan.
  • Seramai 18,000 pengunjung khususnya dari Pantai Timur.
  • Seramai 1,800 pengunjung mencetak laporan CCRIS untuk menyemak status kredit dan mendaftar perkhidmatan eCCRIS.




Semoga karnival kewangan anjuran Bank Negara ini diteruskan dalam memperkasakan sektor kewangan masyarakat di Malaysia.


Comments

Popular posts from this blog

Inspirasi Lelaki 3 Jari Boleh Berjaya Bina Empayar Bisnes, Kenapa Tidak Kita?

NK TEMPAH WEBSITE MURAH?