NASI KANDAR TERENGGANU?

NASI-KANDAR-LABEL

Alhamdulillah, rezeki Allah nak bagi sebelum Ramadhan. Dijemput untuk merasa hidangan Nasi Kandar. Ingat kat Penang je ade Nasi Kandar? Ooohh, anda silap. Kalau nak tahu, di Terengganu pun ada juga nasi kandar tau. Kat mana? kat mana? Tak pernah nampak pun?

LOKASI


Kedai Nasi Kandar ni terletak di Pusat Membeli Belah MYDIN Gong Badak. Kalau nak tahu lagi spesifik, ianya terletak di Ground Floor di dalam kawasan Food Court Rasa Village. Parking kat sini pun senang dan banyak. Tak perlu pening pening nak cari parking kalau tiba tiba nak makan Nasi Kandar.

MENU




Dah nama kedai Nasi Kandar, mestilah menu utama kat sini pun Nasi Kandar, tak kan Nasi Dagang pulok , hehe. Selain menu Nasi kandar, mereka juga ada sediakan makanan seperti Tandoori Naan, Roti Canai, Mee goreng Mamak, Rojak dan macam macam lagi

NASI-KANDAR


ROTI-TISU

Bagi peminat kambing, kat sini pun ada di sediakan lauk kambing tau, nyum nyum. menyelerakan..

KAMBING

Untuk air, semua jenis minuman ada kat sini. Tapi antara yang paling special dan menarik adalah ABC nya. Yang ni tinggi macam KL Tower, lambat makan memang akan kecundang ke atas meja ( dah terjadi tadi ) ..

abc

KEMUDAHAN


Banyak kemudahan yang disediakan kat sini terutama yang datang dengan anak-anak. Bersebelahan kedai Nasi Kandar ni ada Playground yang memang sesuai untuk anak anak bermain sambil ibu dan ayah menikmati rasa Nasi Kandar dengan perasaan yang aman. Supaya setiap kunyahan tu memberi nikmat apabila rasa rasa rempah Nasi Kandar singgah ke lidah dan terus ke dalam perut. pergh!!!. Senang cerita , nak makan pun tak kelam kabut sebab anak-anak mesti asyik bermain.







Memang puas hati la makan Nasi Kandar kat sini. Jadi siapa siapa peminat Nasi Kandar tu, tak payah pergi jauh jauh, Kat Terengganu pun ada. Rasa dan resepi sama sahaja macam kedai kedai Nasi Kandar kat Penang tu.. =)

Comments

Popular posts from this blog

Karnival Kewangan Terengganu dengan konsep Edutainment memang terbaik!

Inspirasi Lelaki 3 Jari Boleh Berjaya Bina Empayar Bisnes, Kenapa Tidak Kita?

NK TEMPAH WEBSITE MURAH?