Travelog di Legoland. Apa yang Menarik?




Assalamualaikum, hari ni nak update pasal trip ke Legoland Malaysia pada 7 April 2018 yang lepas. First sekali, cuba tengok poster kat atas, cantik tak ? Hehe, Alhamdulillah, sejak dapat offer untuk menyertai family day Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) dan diminta untuk membuat satu poster untuk event ni, macam macam idea keluar untuk design bagi nampak menarik. Akhirnya terhasillah poster ni. Tapi, sejak dari siap poster ni, arif asyik tanya je bila nak pergi. Pening kadang kadang nak jawab. Nak buat macammana, kena  tadah je lah telinga.

Sebenarnya, dah lama kami sekeluarga menunggu peluang untuk ke Legoland ni. Arif siap ambil peta Legoland tu tahun lepas dan study tempat-tempat yang dia nak pergi. Mungkin ini adalah salah satu power of attraction. Apabila kita visualize sesuatu impian, Insyaallah ia akan menjadi kenyataan.



Tapi sebelum masuk, mesti ambik gambar dulu.. Memang susah sikit kalau nak cukup gambar family 4 orang ni. Tapi sebab anak anak ni excited nak masuk, so dapat la jugak ambil gambar berempat walaupun tak sempurna.

legoland Entrance
Dapat juga bergambar berempat

Lepas ambil gambar, tertoleh sebelah kiri. Ada kereta Nissan Almera. “Legoland buat cawangan jual kereta ke kat depan pintu masuk ni?” Bisik dalam hati .


Menangi Nissan Almera

Oo sangkaanku meleset sama sekali. Rupanya, Legoland ada buat PROMOSI. Dengan bayaran RM 199, korang semua boleh dapat pas masuk ke Legoland selama 1 tahun. WOW!!! Marvelous. Bukan tu saja, makin banyak pas tahunan ni korang beli, makin banyak peluang nak dapat hadiah sebuah kereta Nissan Almera. Jom join ramai ramai. Mana tau ada rezeki..


Ok, dah penat bergambar, masa yang dah di tunggu dah tiba. Apa lagi, kami semua masuk Legoland dengan perasaan yang sangat excited. Maklumlah, tahun lepas, boleh tengok dari luar je. Dapat masuk kali ni rasa macam Miracle jer. Masuk masuk, Arif’s terus salam dengan patung lego.

Patung-legoland
"Ayiiff, ada kamela, kamela''

Walaupun dah plan nak pergi mana dulu, masuk masuk je jadi rambang mata. Apa yang ada depan mata, itulah yang kitorang pergi dulu. Nak Nak adik hakim, pantang Nampak keretapi, terus lari nak kejar keretapi tu. Akhirnya dapat jugak naik. Bukan main seronok dia naik keretapi pusing pusing Legoand.

Express-Legoland
Abaikan muka berpeluh. Lepas kejar adik hakim tadi

Lepas dah naik keretapi, kitorang meneruskan perjalanan ke 'Boating School' Kat sini memang banyak School ada. Memang khas untuk memberi pengalaman baru pada anak anak untuk membina keyakinan diri. Pada mulanya adik hakim memang sungguh-sungguh tak nak naik. Tapi bila dipaksa naik, sungguh sungguh pulak tak nak turun. Fenin papa..

Boating-School-Legoland




Ok dah selesai semua di 'Boating School'. Kita beralih pula kepada 'Driving School'. Ok kat sini yang menariknya, sebelum boleh naik bawa kereta, anak anak akan diberikan taklimat bagaimana cara nak handle kereta. Macam nak ambil lesen betul, kena datang kelas teori dahulu baru boleh dapat lesen untuk memandu. Tak ada  lesen, tak boleh bawak kereta. huhu.


Driving licence legoland

Dah penat bawak kereta dan bot, kita pergi makan dulu. Nasib baik kedai makan dekat je dengan 'Driving School' tu. Dalam Legoland ini ada macam macam jenis makanan ada. Setiap City ada genre makanan sendiri. Cuma sebab, kitorang memang kelaparan dan aim nak cari nasi, jadi Market Restaurant menjadi pilihan.






Masuk masuk je takjub sekejap. Menarik design dan layout kedai makan ni. Disajikan dengan patung patung lego yang sedang memproses makanan, membangkitkan lagi aura untuk makan tu. Yang paling bersyukur, kat situ ada meja untuk budak budak main Lego. Alhamdulillah, boleh mama dan papa makan dulu dengan tenang sementara korang main. Dah penat main lego baru cari makanan.  Juadah lunch kami (RM36 each rice set, RM20,kids set)



Next kami teruskan mengembara ke adventure land.  The Arifs main Phoraoh Revenge. Syok la main tembak2 bola. Memang nampak muka excited diorang. Nak nak si abang yang dah pandai handle mesin tembak tembak tu.


Pharoah-Revenge


Next, kami pergi pula ke Ninjago World untuk naik NinjaGo The Ride. Ini antara favourite game di Legoland ni. Pengalaman merasai pengalaman 4D bermain game melawan musuh di layar skrin memang sangat BEST!. Pada awalnya, agak terpinga pinga cara nak bermain dengan betul, sebab markah dengan adik hakim sama saja, 0 markah. Tengok mama punya dah 10 000 markah. tak boleh jadi ni. Last last baru teringat instruction kat dinding nak masuk tadi. Bila nak baling cakera tu, tangan mesti 8 inci atas panel. kalau bawah dari tu memang sensor tak detect. Patutla jenuh je hayun tangan tapi markah kosong je. Dah habis main, rasa macam nak repeat lagi. Arif pun mintak nak main lagi, tapi sebab rasa banyak lagi tempat tak pergi, hasrat nak main sekali lagi terpaksa dibatalkan.


Ninjago-the-ride





Habis Ninjago The Ride,  kitorang pergi pula ke PlayTown. Tengok nama pun dah tahu memang Fun kat sini. Macam macam model ada disedakan untuk kanak kanak membangkitkan 'imagination' mereka. Setiap model disediakan satu butang yang apabila di tekan mengeluarkan bunyi yang sinonim dengan model tu. Contohnya, pada model kedai, akan ada satu butang bila ditekan akan mengeluarkan bunyi seperti di cashier ' kaching'. Adik hakim pun apa lagi, 2 singgit, 2 singgit.hehe


Funtown





Lepas penat berjalan, berhenti sekejap untuk berehat dan solat. Memang banyak disediakan surau dan juga tandas di sini. Kemudian, dah siap solat, kami terus tengok 4D movie. Yang ni pun antara tarikan yang menarik disini. Berpeluang mononton movie dan merasa suasana dalam movie tu. Contoh, bila ada scene sembur air, kita pun akan di sajikan dengan percikan air dari atas. Fuhh memang terasa kebasahannya . hahaha.

4D-movie Legoland

Perhentian seterusnya adalah Lego Kingdom. Tempat ni memang sangat cantik. Memang rasa macam dalam cerita King Arthur pun ada haha. Bertemakan Knight, banyak permainan adalah berkisar kuda dan naga. Memang seronok.


Knight-Kingdom-Legoland




Knight-Kingdom-Legoland5


Knight-Kingdom-Legoland3


Knight-Kingdom-Legoland6


Last but not least masuk Starwars. Enjoy short movie dan tengok pameran lego Starwars






Bila keluar je dari pameran Star Wars tu, tengok jam dah dekat pukul 6 lebih. Wow, cepat betul masa berlalu. Rasa sekejap je. Dan banyak lagi tempat kami tak singgah. Ish2.. Tak boleh jadi ni. Memang wajib pergi lagi ni. Serius boleh bagi 5 Bintang kat Legoland ni sebab semua game dia best2. Tak ada pun tempat yang rasa tak best. Semua tempat yang kitorang singgah memang rasa sangat best. Rasa nak main berkali kali pun ada. Tapi sebab masa pun singkat, kena main sekali je semua supaya dapat merasa pelbagai mainan.

Legoland ini memang bagus untuk mengasah bakat dan keyakinan diri anak anak. Banyak benda dalam Legoland ni bukan sahaja untuk tujuan berhibur, tapi juga untuk memberi ilmu dan juga meningkatkan daya keyakinan diri dalam diri masing masing. Insyaallah kalau ada rezeki lagi kita pergi lagi ..

Last sekali, nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA9) kerana  memberi peluang untuk kami merasai pengalaman di Legoland Malaysia. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki untuk KBBA9 untuk masa akan datang.


Untuk maklumat lanjut tentang Legoland Malaysia layari www.legoland.com.my atau hubungi

☎ +607 597 8888

📧info@LEGOLAND.my


Follow social media Legoland Malaysia

Facebook : LEGOLAND Malaysia

Instagram : @legolandmalaysia

Comments

  1. InshaAllah semoga murah rezeki dapat lagi kita jejakkan kaki ke Legoland.

    ReplyDelete
  2. wah bagusnya. alhamdulillah.. rzeki kamu sekeluarga. Saya pun tiap malam duk ajar anak-anak bayangkan pergi ke Legoland. Boleh lah nak guna gambar ni supaya anak nampak lebih jelas lagi. Terima kasih atas perkongsian pengalaman ke Legoland,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Karnival Kewangan Terengganu dengan konsep Edutainment memang terbaik!

Inspirasi Lelaki 3 Jari Boleh Berjaya Bina Empayar Bisnes, Kenapa Tidak Kita?

NK TEMPAH WEBSITE MURAH?