Tempat Wajib Terjah Cuti Sekolah – The Adventurers’ Web di Aeon Mall Nilai
Semalam aku sempat luangkan masa bersama keluarga untuk hadiri media review tempat menarik yang bakal di buka di Aeon Mall Nilai pada 23 Mac 2019 ni. Syok betul orang area Nilai dan sekitarnya , nanti ada tempat wajib terjah cuti sekolah iaitu The Adventurers' Web di Aeon Mall Nilai. Arif teruja bila masuk Aeon Mall Nilai sebab memang luas dan banyak tarikan di sini. 3 Zon Menarik di The Adventurers' Web Aeon Mall Nilai Zon The Dinosaur Rangers Monster House Mini Science Discovery Centre Zon yang terbesar di The Adventurers' Web iaitu seluas 1700 kaki persegi . Selain dari Dinosaur "hidup" yang boleh bergerak di sini, terdapat juga fosil Dinosaur di The Dinosaur Rangers yang menanti anda ... Pertunjukan secara live di mana anda berpeluang melihat dinosaur bermula dari telur dinosaur , baby dinosaur dan juga dinosaur yang interaktif! Bergambar bersama Watak utama dalam Dinosur live show di Education Hub - The Dinosaur Rangers Monster House merupakan tarikan yang wa...