Best Ke Karnival Upin Ipin ni?
Alhamdulillah diizinkan lagi Allah untuk menulis entri baru pada pagi ni. Hari jumaat lepas kitorang dapat invitation untuk pergi karnival Upin Ipin di MAEPS Serdang, Budak-budak kat rumah ni memang minat upin ipin tapi nak pergi ke sana memang tak lah, Dah la jauh nun di Serdang dan aku nun di pantai timur. Tapi sebab mendapat jemputan pergi jugak sambil nak menggembirakan anak anak dan ISTERI!!.. Hehe, mama nye yang bersungguh sangat nak pergi , Layankan je lah Sampai sampai je kat sana, kitorang parking kereta dan naik tram. Wah best!. First time bawak arif dan hakim naik tram, Satu experience baru. Tak ramai orang cuma adalah beberapa orang naik sekali tram tu. Kalau tak ada orang, aku dah diri tepi tangga nyayi lagu kuch kuch hota hai, Haha feeling hindustan lagi tu,, Naik tram dengan muka cool, dalam hati nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai. Feeling cite2 hindustan. Dah sampai di Hall C, ambik tiket dan terus masuk. Terkejut aku, ingatkan dia sediakan kerusi untuk kitorang duduk, rup...